Petunia Ramblin dihasilkan untuk menyenangkan penanam dan mempunyai prestasi yang baik dalam taman. Tidak memerlukan cahaya atau perancangan tanaman yang rumit. Boleh didapati dalam kedua-dua bentuk mentah dan juga bersalut. Keseluruhan siri ini akan memberi maklum balas kepada teknik DIF dan juga penggunaan growth regulator pada peringkat pertumbuhan 2 - 3 daun. Tiada siri lain yang mempunyai ciri-ciri ini. Memerlukan growth regulator yang berkurangan bermakna penjimatan yang banyak. Kurang sensitif kepada masa siang berbanding saingan Petunia berjurai yang lain. Mempunyai 13 warna yang menarik dengan 3 jenis campuran. Ianya berbunga, bertimbun dan menyebar dari pertengahan tanaman untuk sepanjang musim! Petunia jenis berjurai ini agak tahan terhadap angin, hujan serta suhu yang melampau. Bersaiz 10 -14"H x 30 - 36"W . |